Copyright © Unicliq Sdn Bhd 2018. All right reserved.
UNICLIQ SDN BHD
45-8, Level 3, Block C,
Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 1,
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Tel : 603-2092 5252 | Fax : 603-2093 6708

Tentang Kami

Unicliq merupakan sebuah organisasi yang tertumpu kepada landskap pendidikan tempatan untuk merancang dan mengubah cara pengajaran dan pembelajaran. Unicliq juga merupakan salah satu pihak terawal yang mempelopori projek smart school dalam negara yang kemudiannya menjadi sebuah portal pendidikan dengan kandungan yang tersendiri.

Sepanjang penubuhan Unicliq, syarikat kami telah terlibat dalam pelbagai projek teknologi pendidikan berkehasilan tinggi seperti Pusat Internet 1Malaysia, i-TR1M di FELDA dan Projek Terminal Sejahtera 1Malaysia yang bertujuan untuk menyediakan capaian pendidikan kepada golongan kurang berkemampuan dan juga miskin bandar, di samping capaian lain.

Di Unicliq, salah satu pegangan kami ialah kepercayaan bahawa landskap pendidikan sentiasa berubah, dinamik dan merupakan satu gerakan kolektif. Unicliq senitiasa berusaha untuk menerajui bidang pendidikan Malaysia dengan menyediakan penyelesaian yang dinamik dan berdaya saing dalam bidang pengurusan teknologi pendidikan.