Copyright © Unicliq Sdn Bhd 2018. All right reserved.
UNICLIQ SDN BHD
45-8, Level 3, Block C,
Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 1,
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Tel : 603-2092 5252 | Fax : 603-2093 6708

Projek Terkini

PELAKSANAAN KOMPONEN PENGURUSAN PERUBAHAN BAGI 1BESTARINET FASA 2

1BestariNet merupakan satu projek hasil inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama syarikat YTL Communications. Di bawah projek ini, lebih daripada 10000 buah sekolah, termasuk sekolah rendah dan menengah dibekalkan capaian internet berkelajuan 4G dan pelantar pembelajaran maya sehaluan dengan Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu bertaraf dunia.

Syarikat Unicliq telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah 1BestariNet untuk meningkatkan kesedaran dan penggunaan persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment) yang telah dilancarkan oleh pihak kementerian pada tahun 2002. Kini, pelaksanaan 1BestariNet berada dalam fasa kedua dan Unicliq sebagai pihak yang diberi tanggungjawab melaksanakan komponen pengurusan perubahan telah diberikan garis masa selama 18 bulan, bermula daripada bulan Oktober 2017.

Capaian:

● Projek ini melibatkan lebih 10,000 sekolah rendah dan menengah awam seluruh Malaysia, termasuk sekolah vernakular, awam dan sekolah berasrama
● Tumpuan sama rata untuk tercapai ke semua sekolah bandar, luar bandar dan pedalaman

Proses Pelaksanaan

Unicliq telah melantik individu yang berkebolehan tinggi dan terdorong sebagai Pegawai Pengurusan Perubahan yang akan bekerjasama dengan pentadbir VLE untuk pengurusan projek ini. Tugas-tugas utama pegawai ialah:

1. Menyelaras dengan Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengadakan taklimat untuk Pengetua dan Guru Besar sekolah bagi menerangkan berkenaan komponen pengurusan perubahan
2. Semasa taklimat bersama Pengetua dan Guru Besar sekolah, jadual cadangan akan dibentangkan untuk mengadakan sesi taklimat bersama guru-guru, ibu bapa dan pelajar sekolah berkenaan
3. Semasa sesi taklimat bersama guru, ibu bapa dan pelajar, maklumat dan perbincangan yang disampaikan akan tertumpu kepada cara untuk penggunaan VLE yang lebih berkesan untuk semua pihak yang terlibat

Pendaftaran dan pengaktifan ID untuk pelantar VLE akan dikendalikan semasa sesi taklimat dengan bantuan pegawai bertugas, pentadbir VLE dan guru VLE sekolah tersebut.

Sumber bahan seperti Buku Panduan dan risalah akan diberikan ke semua sekolah untuk kesenangan pengguna sasaran VLE.

Nota: Untuk sekolah menengah, taklimat untuk ibu bapa akan diberikan menerusi pihak PIBG sahaja. Pengaktifan ID pengguna akan dibuat dengan maklumat yang diberikan oleh pihak sekolah.

CMO Direktori